Amanat Tuan Pengetua

tuan_pengetua

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan keizinanNya Laman Rasmi Sekolah Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Segamat  berjaya disiapkan seterusnya dilancarkan buat pertama kalinya pada tahun 2016. Di kesempatan ini, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menghasilkan Laman Rasmi Sekolah SMA Al-Khairiah Segamat ini atau ringkasnya SEMARAK.COM.MY.

Bagi merealisasikan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah membangunkan modal insan yang bersifat menyeluruh, progresif, bermoral dan beretika tinggi, marilah kita bergerak maju ke hadapan membangunkan SMAKS bagi menggapai Visi dan Misi kita bersama.

Akhir kalam, saya berharap laman ini mampu menjadi rujukan dan panduan oleh warga sekolah khususnya dan orang ramai secara amnya dari semasa ke semasa. Sama-samalah kita mendoakan SMAKS akan mencapai kegemilangan dalam semua bidang. Amin.

Sekian.